Skip to main content

PENGENALAN

Yayasan Sayang Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2010. Ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat Berhad dengan Jaminan, yayasan ini menjalankan pelbagai inisiatif kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat.

Sejak penubuhannya, Yayasan Sayang Malaysia telah melaksanakan pelbagai program pembangunan sosial, kepimpinan belia dan siswa, pendidikan alternatif serta bantuan kemanusiaan di seluruh negara.

 

Misi & Visi

Misi Kami

- Menyemai nilai kasih sayang dalam masyarakat

- Memperkasa generasi muda

- Menjadi jambatan penghubung komuniti

Visi Kami

Menjadi yayasan unggul yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat Malaysia MADANI yang harmoni, progresif dan berintegriti.

Bidang Tumpuan Kami

- Pendidikan dan Literasi Sosial

- Kepimpinan Belia dan Pembangunan Insan

- Bantuan Kemanusiaan, Kebajikan dan Biasiswa

- Dialog Komuniti dan Patriotisme

- Kesedaran Awam & Sokongan Dasar Kerajaan